Pusat Kebudayaaan UKM

     Seni Kampus

  

 

Berita kampus

                  BUKAN SEKADAR MENYAMBUT KRISMAS 

                                           Antara Krismas dan seni persembahan, MKK 2003 berjaya disatukan sebagai satu

                                           persembahan kebudayaan kebangsaan. Wartawan Ng Tien Wei tidak ketinggalan

                                           menghayati karya pementasan ini.

 

Jika kejayaan sesuatu seni persembahan bergantung kepada keunikan dan kesatuan pementasan, Malam Kesenian Krismas(MKK) sudah pasti telah menarik dan memenangi hati mahasiswa UKM.

MKK 2004 yang telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR),UKM pada 18 Disember 2003, Khamis dianjurkan oleh Persaudaraan Kristian Universiti Kebangsaan Malaysia (PERKEB) sempena perayaan Krismas.

PERKEB adalah sebuah pertubuhan Kristian yang tidak memihak kepada mana-mana denominasi dan dianggotai oleh mahasiswa Kristian UKM.

Menurut Presiden PERKEB 2003/2004, Willian Tan, Tahun 3, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, MKK diadakan setiap tahun untuk menyambut Krismas di UKM. Melalui MKK, mahasiswa dapat mengenali budaya dan kesenian Krismas.

Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin telah diberi penghormatan untuk merasmikan MKK 2003.

Dalam ucapannya, beliau menasihati mahasiswa UKM supaya saling mengenali dan menghormati agama dan bangsa orang lain.

"Toleransi dan persefahaman yang baik antara kaum akan melahirkan masyarakat yang harmoni," beliau menambah. Seramai 103 ahli PERKEB telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan persembahan ini.

 

 

Sibuk Menari

TARIAN BARONGSAI

                                                   Lebih dikenali sebagai tarian singa di Malaysia, tarian rancak ini, yang diiringi pukulan

                                                   gong memikat dan mempesonakan hati setiap lapisan masyarakat.

 

                                                                                                                                                  Tarian singa utara                                                                

Tarian Singa atau lebih dikenali dengan nama Barongsai di Indonesia, memiliki sejarah ribuan tahun. Catatan pertama tentang tarian ini adalah pada masa Dinasti Chin sekitar abad ketiga sebelum Masehi.

Menurut kepercayaan orang Cina, singa merupakan lambang kebahagiaan dan kesenangan. Tarian Singa dipercayai merupakan sesuatu pertunjukan yang dapat membawa keberuntungan.

Tarian ini diadakan di pelbagai acara penting seperti perasmian restoran, pendirian klenteng dan sudah tentunya pada perayaan Tahun Baru Cina.

Tarian Singa terdiri daripada dua jenis. Salah satu ialah Singa Utara yang memiliki surai ikal dan berkaki empat. Penampilan Singa Utara kelihatan lebih natural dan mirip singa ketimbang Singa Selatan yang memiliki sisik serta jumlah kaki yang bervariasi antara dua atau empat.

Kepala Singa Selatan dilengkapi dengan tanduk sehingga kadang kala mirip dengan binatang ‘Kilin’. Gerakan antara Singa Utara dan Singa Selatan juga berbeza.

Jika Singa Selatan terkenal dengan gerakan kepalanya yang keras dan melonjak-lonjak seiring dengan tabuhan gong dan tambur, gerakan Singa Utara lebih lincah dan penuh dinamika kerana memiliki empat kaki.

Satu gerakan utama dari Tarian Barongsai adalah gerakan singa memakan amplop berisi uang yang disebut ‘Lay See’. Di atas amplop tersebut biasanya ditempeli dengan sayuran selada air yang melambangkan hadiah bagi Sang Singa.

Proses memakan ‘Lay See’ ini berlangsung pada akhir bahagian sesuatu pertunjukan Tarian Singa. Di depan penari Barongsai biasanya terdapat seorang penari lain yang bertopeng dan membawa kipas.

Penari ini disebut Sang Buddha. Dia berperanan mengiringi Sang Singa Barongsai ke tempat amplop berisi uang disimpan.

 

                                                                                 

                                                                                                 Tarian singa selatan  

 

 

Pusat Kebudayaan,

Paras 2, DECTAR,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600, Bangi, Selangor

Tel: 03 8921 5342

 

Kemaskini terakhir:

26 Februari 2004